Bob Republic – Eksklusif Di Tepi Jalan

Hidangan eksklusif ala hotel dengan harga tepi jalan! Di sini juga anda berpeluang berjumpa dengan rusuk kiri yang dicari-cari selama ini. Cukup teruja?
Pesan sahaja rusuk kiri dan nah, ia kini terhidang di depan mata. Killer Ribs menjadi hidangan wajib jika anda singgah ke Bob Republic. Keenakan rusuk yang dibakar selama tiga jam dengan api perlahan menjadikannya cukup lembut di dalam mulut. Malah lelehan jus yang keluar di setiap gigitan, cukup menggoda. Setiap hidangan didatangkan bersama nacho. Jangan terkejut, harganya cuma RM16.00.

Bob Republic menjanjikan kepuasan maksimum dalam setiap hidangan. Menu eksklusif ini boleh didapati dengan harga yang cukup murah dan apa yang pasti, ianya berbaloi. Sedap hingga menjilat jari. Terdapat 14 menu pilihan dengan harga serendah RM8.00 sehingga RM21.00.

Menurut pemilik, Mohd Najib Halime, idea unik ini terilham tatkala memikirkan tidak semua mampu untuk berbelanja di restoran mewah, namun cukup kepingin untuk merasai betapa nikmatnya ‘rusuk kiri’. Jadi, terciptalah Bob Republic yang menjanjikan konsep ‘Harga Tepi Jalan, Rasa 5 Bintang’.

Empat tahun beroperasi dan sehingga kini terdapat 9 cawangan yang terletak di Kota Bharu, Kepong, Kuantan, Ipoh, Melaka dan Shah Alam dan waktu operasinya bermula pada jam 5.00 petang sehingga 12.00 malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *